Oleh Dean Adam
MIRI, Ogos 9: Operasi pemadaman kebakaran di kawasan berhampiran Kompleks Hamidah, di sini, masih diteruskan hari ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, memberitahu keluasan yang masih berasap dan aktif di kawasan berdekatan dengan kompleks tersebut adalah kira-kira 50 ekar.
Setakat ini keluasan yang berjaya dipadamkan ialah kira-kira 15 ekar, katanya.
“Bagi operasi hari ini, seramai 10 anggota bomba terlibat dan dibantu 10 pekerja Naim. Pasukan pemadaman turut menggunakan sebuah jengkaut bagi operasi tersebut,” katanya hari ini.
Law menambah, pasukan memadam telah membentangkan hos sejauh 800 kaki dengan menggunakan pam angkut pasukan untuk memadam kepala api.
“Situasi terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. — DayakDaily