Operasi Pejabat JTS Miri di Tingkat 8 ditutup sementara

Closed. — DayakDaily.com file pic. // Image by Gerd Altmann from Pixabay

KUCHING, 5 Mei: Operasi Perkhidmatan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri di Tingkat 8, Wisma Pelita Tunku di Miri ditutup sementara bermula hari ini (5 Mei) sehingga satu tarikh yang akan diumum kemudian.

JTS menerusi satu kenyataan hari ini berkata, penutupan operasi pejabat di tingkat berkenaan melibatkan Bilik Penguasa, Cawangan Pentadbiran Tanah dan Cawangan Penilaian.

“Penutupan operasi di tingkat ini bertujuan sebagai langkah keselamatan dan kesihatan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi ‘standard’ (SOP) ditetapkan,” katanya.


Bagaimanapun operasi perkhidmatan JTS Miri di tingkat lain iatu di tingkat M hingga Tingkat 7 di wisma sama masih dibuka seperti biasa.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang urusan berkaitan melibatkan bahagian atau unit ditingkat berkenaan boleh melakukannya secara atas talian iaitu melalui e-Lasis dan Mobile Lasis .

“Sekiranya ada apa-apa pertanyaan berkenaan dengan perkhidmatan tersebut bolehlah berhubung di talian 082-444 111 atau email ke landsurvey@sarawak.gov.my,” katanya. — DayakDaily