‘Operasi dan kawalan keselamatan wilayah Medan Timur kekal seperti biasa’

Abang Johari (lima dari kanan) bersama Zamrose (lima dari kiri) dan tetamu lain di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Wilayah Medan Timur di Kuching.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Jun 30: Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain berkata operasi dan kawalan keselamatan di sempadan kekal seperti biasa.

Ditemui pemberita di majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 Medan Timur di sini hari ini, Zamrose menegaskan tiada perubahan setakat ini.

Advertisement

“Operasi dan kawalan sempadan kita (Medan Timur) sama sahaja. Kita melaksanakan tugas seperti biasa,” katanya.

Terdahulu beliau menerima kunjungan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Mengulas ringkas isu yang sama, Zamrose berkata operasi kekal seperti biasa selagi tiada arahan terbaharu dari pihak atasan.

“Sekiranya ancaman berubah, baharulah kita akan ubah bentuk operasi.

“Tetapi sehingga kini, operasi di Sabah dan Sarawak kekal seperti biasa,” katanya. — DayakDaily

Advertisement