Op Selamat Krismas IPD Kuching mulai 22–28 Dis

PDRM logo

KUCHING, 24 Dis: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching melaksanakan Op Selamat sempena sambutan Krismas bermula 22 hingga 28 Disember 2023.

Menurut Timbalan Ketua IPD Kuching Supt Merbin Lisa, objektif pelaksanaanya ialah memberi tumpuan kepada kelancaran lalu lintas.

“Op Selamat ini juga adalah untuk mencegah kemalangan jalan raya serta mencegah kes jenayah seperti kes pecah rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Merbin, orang ramai yang meninggalkan rumah untuk Sambutan Hari Krismas dinasihatkan untuk mengisi borang pemakluman balik kampung.

Ujar beliau, borang tersebut boleh diperolehi dari balai polis terdekat atau secara atas talian melalui aplikasi VSP atau melalui pautan di laman Facebook IPD Kuching.

“Jika terdapat sebarang maklumat kejadian jenayah boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau ke balai polis berhampiran,” ujar Merbin. — DayakDaily