Op Mardof: 25 kes tangkapan berjaya dilakukan

Shamsul Anuar Nasarah. Photo credit: Shamsul Anuar Nasarah's Fascebook
Advertisement

KUCHING, 3 April: Sebanyak 25 kes tangkapan termasuk satu tangkapan Bot Nelayan Asing (BNA) telah dilakukan di perairan Perak, Labuan, Pahang dan Bintulu, Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia hasil Op Mardof bagi tempoh Januari 2023 hingga 25 Februari 2023.

“Manakala, berdasarkan statistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang direkodkan pada tahun 2022, sebanyak 79 tangkapan Bot Nelayan Asing telah direkodkan dengan penahanan seramai 700 orang kru nelayan asing,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian di sidang Dewan Negara sebagai menjawab soalan Senator Dato Ahmad Ibrahim. — DayakDaily

Advertisement