Notis penutupan Jalan Bintulu-Sibu

Kerja-kerja menaiktaraf Jalan Bintulu-Sibu

KUCHING, 9 OKT: Satu lokaliti di Jalan Bintulu – Sibu Lebuhraya Pan Borneo akan ditutup pada jam 10 malam hingga 5 pagi mulai 8 sehingga 22 Oktober 2021.

Jabatan Kerja Raya(JKR) dalam satu notis berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut.

Berikutan itu kata JKR, laluan sementara(gambar) akan disediakan bagi kemudahan pengguna-pengguna jalan raya.

JKR menasihati pengguna-pengguna jalan raya untuk berhti-hati semasa memandu di laluan berkenaan semasa tempoh kerja-kerja sedang dijalankan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan. — DayakDaily