NGO berperanan dalam melakukan perubahan dalam komuniti

Dr Rundi (dua kiri) hadir ke Majlis Perjumpaan Tahun Baharu 2023 anjuran SDNU. Turut kelihatan Mawan (tiga kiri).

KUCHING, 28 Jan: Persatuan bukan kerajaan (NGO) diseru bersama kerajaan menyediakan landasan bagi melakukan perubahan dalam komuniti.

Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi berkata, NGO bukan sahaja berperanan melahirkan pemimpin.

“NGO mesti berfikir tentang kaedah inovatif untuk membangunkan komuniti, ini melibatkan ekonomi, sosial, transformasi, pertanian dan perniagaan.


“Kita mesti memiliki kemampuan untuk berfikir seperti mana mereka yang sudah berjaya,” katanya.

Dr Rundi berkata demikian dalam ucapan di Majlis Perjumpaan Tahun Baharu 2023 anjuran Kesatuan Dayak Kebangsaan Sarawak (SDNU) di Rumah Dayak di sini, hari ini.

Menyentuh berhubung kegiatan pertanian yang diramalkan kaum Dayak, beliau berharap transformasi ke arah pertanian sebagai satu perniagaan dapat dipraktikan.

Katanya, masa sudah tiba kepada kaum Dayak yang memiliki banyak tanah untuk berubah dan mendapatkan hasil daripada aset tersebut.

“Saya berharap, dalam masa terdekat ini masyarakat kita dapat melakukan transformasi dalam bidang pertanian.

“Jadikan ia sebagai satu bidang komersial dan mendapat keuntungan,” kata Dr Rundi.

Hadir sama Presiden SDNU Tan Sri William Mawan. — DayakDaily