MOTAC perkukuh garis panduan dan peraturan industri pelancongan

Dato Sri Tiong King Sing (file photo)
Advertisement

KUCHING, 26 Sept: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sedang menjalankan penyelidikan bagi menambah baik kandungan garis panduan keselamatan penginapan.

Menteri MOTAC Dato Sri Tiong King Sing berkata, ia bertujuan menyediakan lebih perlindungan kepada para pelancong dan pemain industri.

“Ia juga bertujuan untuk membangunkan industri pelancongan yang mampan memandangkan ia merupakan salah satu kuasa utama dalam ekonomi Malaysia serta menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelancong,” kata Tiong dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan (BPPP) dan jabatan-jabatan lain yang terlibat juga telah diarah menjalankan kajian komprehensif bagi Garis Panduan Penginapan Sewaan Jangka Pendek (STRA).

Katanya, ia agar disesuaikan dengan keadaan masa kini melalui trend pelancongan baharu seperti ‘glamping’, perkhemahan, karavan dan sebagainya.

“Pada ketika ini, kebanyakan tempat penginapan memiliki perlindungan insurans daripada kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran dan seumpamanya.

“Tidak dinafikan, ada juga pengusaha tempat penginapan yang tidak dilindungi insurans, sekaligus mengundang risiko bukan sahaja kepada pengusaha tersebut, tetapi juga kepada pengunjung atau pelancong yang menginap di premis mereka,” ujar Tiong. ā€” DayakDaily

Advertisement