MOT kecualikan pembaharuan lesen memandu, cukai jalan kenderaan persendirian hingga 31 Mac


KUALA LUMPUR, 29 Jan : Pengecualian pembaharuan bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL, tidak temasuk Lesen Vokasional) dan Lesen Kenderaan Motor (cukai Jalan,tidak termasuk kenderaan perdagangan) bagi kenderaan persendirian di berikan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Menteri pengakutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pengecualian pembaharuan itu diberikan bermula 1 Februari ini hingga 31 Mac dan di laksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak.

Ia susulan perkhidmatan operasi di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkitan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak telah dihad sejak perlaksanaan PKP 2.0 mulai 13 Januari lalu.


“Perkhidmatan yang disediakan pada ketika ini hanyalah untuk urusan berkaitan kenderaan perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) sahaja dan orang ramai digalakkan untuk menggunakan platform atas talian yang disediakan oleh JPJ serta rakan kerjasama bagi tujuan mempebaharui LKM dan CDL.

“Atas keperihatianan kerajaan terhadsap rintihan rakyat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mengelakkan kesesakan ditempat awam maka MOT memperkenalkan semula pengecualian bagi tujuan pembaharuan LKM dan CDL sebelum ini kepada semua pemilik kenderaan persendirian berkuatkuasa 1 Februari hingga 31 Mac 2021 ini,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh boleh memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian tersebut diberikan iaitu sehingga 30 April 2021.

Katanya, pemilik kenderaan terbabit perlu memastikan kenderaan dimiliki mereka mempunyai perlindungan insurans yang sah dan bersedia menunjukkan salinan perlindungan berkenaan kepada pihak berkuasa jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun jelas Dr. Wee, pengecualian itu tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang lesen vokasional kerana perkhidmatan pembaharuan berkaitan lesen tersebut dibenarkan di bawah jadual Perkhidmatan Perlu (essential services).

“Pembaharuan bagi perkhidmatan ini boleh dilakukan di semua kaunter atau pejabat JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LPKP Sarawak sepanjang tempoh PKP 2.0 ini dilaksanakan malah semua pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM juga beroiperasi dan menyediakan perkhidmatan berkaitan pembaharuan ini,” katanya. -DayakDaily