KUCHING, 28 Nov: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di beberapa tempat di Sarawak.
Menurut MetMalaysia, cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka esok di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.
Angin kencang timur laut yang dijangka berlaku di perairan Sarawak boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan berkenaan. — DayakDaily
Advertisement