Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga rangka strategi kurangkan kos logistik barangan import

Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga di Kota Kinabalu.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 17 Sept: Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di Kota Kinabalu hari ini telah membincangkan beberapa strategi bagi mengurangkan kos logistik bagi barangan import.

Menurut satu kenyataan, mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datoā€™ Sri Fadillah Yusof turut membincangkan keperluan untuk membangunkan industri pengeluaran makanan dan bahan binaan agar ianya dapat memenuhi keperluan permintaan domestik malah untuk pasaran eksport.

Advertisement

Turut dibincangkan adalah kerjasama strategik kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak, Sabah dan Labuan untuk melaksanakan inisiatif pengeluaran makanan ternakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan import.

Jawatankuasa juga bersetuju agar penglibatan sektor swasta dan masyarakat untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan mampan untuk kesejahteraan rakyat.

Selain itu, kajian terperinci mengenai strategi penstabilan harga barangan di Sarawak, Sabah dan Labuan sedang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Sabah.

Kajian ini dijangka selesai pada penghujung tahun ini dan akan dibentangkan untuk pertimbangan jawatankuasa ini.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. ā€” DayakDaily

Advertisement