Meskipun jauh di pendalaman, Rh Douglas Bungan terima bantuan makanan

Bantuan makanan dihantar oleh petugas JKM Miri ke Rumah Douglas di Tinjar.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


TINJAR, 28 April: Meskipun jauh di pendalaman, penduduk di Rumah Douglas Bungan Timban di Tinjar yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tetap menerima bantuan makanan.

Terletak di Sungai Temat Bain dengan tempoh perjalanan 2 jam 30 minit, bantuan telah disalurkan oleh petugas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), sebanyak 39 pek bantuan makanan termasuk lampin pakai buang telah diagihkan kepada penduduknya baru-baru ini.


PKPD di Rumah Douglas telah dilanjutkan untuk tempoh 14 hari lagi bermula 22 April 2021 sehingga 5 Mei 2021.

Ini susulan daripada beberapa kes positif Covid-19 telah dikesan pada ujian calitan kedua pada 20 April 2021 di rumah panjang berkenaan. — DayakDaily