Meerkat juara Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

Liew (berdiri empat dari kiri) menyampaikan hadiah wang tunai kepada Kapten Kelab Meerkat selaku juara.

KUCHING, 5 Nov: Kelab Meerkat dari Kuala Lumpur muncul juara Kejohanan Tenis Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah selepas menewaskan SLTA 1 hari ini.

Berlangsung di gelanggang Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA), Meerkat menang dengan kiraan 3-1.

Dengan kejuaraan itu, Meerkat membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 berserta piala dan pingat. Sebagai naib juara, SLTA 1 menerima hadiah wang tunai RM4,000.


Kelab Persatuan Tennis Singkawang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas menewaskan Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS).

Pasukan Tasik Biru dan Kelab Rancak Bertemu masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Presiden SLTA Dato Patrick Liew hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kejohanan Tenis Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang berlangsung mulai 2–5 November disertai 20 pasukan, termasuk dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Singapura dan Indonesia. — DayakDaily