KANOWIT, Jun 2: Mangsa ketiga yang lemas di Nanga Ulin, Sungai Poi dekat sini ditemui hari ini.
Mangsa, Presly Tataw, 27, ditemui pada pukul 2.45 petang oleh penduduk kampung.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik berkata, mangsa terakhir pada jarak 5 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan lemas sebelum ini.
Katanya, mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis pada pukul 4.13 petang.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tamat sepenuhnya pada pukul 4.25 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini DayakDaily melaporkan dua daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas semasa mandi di Nanga Ulin, Sungai Poi dekat sini pada Khamis lalu ditemui mati lemas hari ini.
Mangsa pertama, Roderick Benedict Rody, 12, ditemui pada pukul 9.45 pagi.
Mayat kanak-kanak malang itu dijumpai di Nanga Apek iaitu kira-kira 10 kilometer (km) dari tempat mangsa itu dipercayai lemas.
Mangsa kedua pula, Henry Tataw, 28, ditemui oleh penduduk kampung bersama anggota bomba pada pukul 9.50 pagi iaitu pada jarak 2 km dari mangsa pertama dijumpai. ā DayakDaily