Mayat separuh bogel ditemui dalam pondok kebun di Kg Beraya

PDRM logo
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 23 Julai: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah pondok kebun di Kampung Beraya, Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu awal pagi ini.

Kampung Beraya terletak kira-kira 45 minit dari pusat bandar Miri.

Advertisement

Mayat berkenaan yang hanya berseluar dalam ditemui seorang pemilik kebun kira-kira jam 6.30 pagi. Pemilik kebun tersebut memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, ketika ditemui, mayat berada dalam posisi terbaring.

“Berdasarkan pemeriksaan pada mayat di lokasi, kita percaya mangsa mati kurang dari 24 jam,” katanya.

Difahamkan, hasil pemerhatian awal terhadap mayat tidak menemui sebarang unsur jenayah dan tanda kecederaan yang ketara, ujar Lim.

Mayat telah dihantar ke Hospital Miri bagi proses bedah siasat.

Polis juga mengesahkan si mati bukan warganegara berdasarkan tiada penemuan kesan suntikan ‘Bacillus calmette-guerin atau BCG di badannya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — DayakDaily

Advertisement