Mayat reput ditemui terapung di Batang Lupar

Anggota operasi mengangkat mayat yang ditemui.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SEBUYAU, 20 April: Satu mayat yang sudah reput ditemui terapung di kawasan feri Batang Lupar sekitar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan sekitar jam 2.03 petang.

Katanya, anggotanya bersama agensi lain yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikatakan terjatuh dari bot di perairan Pulau Burong bersama terus ke lokasi penemuan mayat tersebut.


“Pada jam 2.13 petang anggota SAR tiba di lokasi dilaporkan dan pada jam 3.20 petang mayat terbabit dibawa ke jeti awam Sebuyau.

“Pada jam 3.25 petang mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, operasi SAR mangsa yang dilaporkan hilang yang memasuki hari ketiga hari ini ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

“Operasi SAR ditangguhkan sementara menunggu laporan pengesahan mayat tersebut setelah hasil perbincangan dari agensi-agensi terlibat,” katanya.

Operasi SAR tersebut disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sarawak Coast Guard (SCG). — DayakDaily