This Content Is Only For Subscribers
MIRI, 4 Sept: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di sungai di belakang sebuah kilang di Kuala Baram malam Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Juga berkata mayat tersebut ditemui orang awam sekitar jam 11 malam.
Katanya, laporan telah diterima selepas itu dan anggota terus ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati mayat masih berada di dalam sungai.
“Pasukan bomba kemudian bertindak mengangkat mayat terbabit ke tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat tersebut.
Seterusnya mayat tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily