Masa depan bidang perniagaan di Sarawak cerah – Wee

Wee (tiga kiri) bersama tetamu yang lain memotong riben sebagai simbolik Perasmian Wayes Malaysia di The Podium.

KUCHING, 31 Jan: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng yakin masa depan Sarawak dalam pelbagai bidang perniagaan sangat cerah.

Menurut beliau, ini adalah kerana keadaan politik di negeri ini stabil.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempromosikan perdagangan kita ke seluruh rantau dan meletakan Sarawak dipeta dunia.


“Oleh yang demikian, ramai pelabur luar melabur di negeri ini,” katanya ketika ditemui di Perasmian Wayes Malaysia di The Podium hari ini.

Justeru Wee menggesa seluruh rakyat untuk bersama-sama menjayakan misi dan visi kerajaan Sarawak. — DayakDaily