Mangsa banjir bertambah, sebuah lagi PPS dibuka

PPS Dewan Serbaguna Kampung Mundai dibuka untuk menempatkan 24 mangsa.

KUCHING, 28 Feb: Jumlah mangsa terus meningkat kepada 168 orang dengan sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka menjadikan empat PPS dibuka setakat jam 8.30 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak berkata sebuah PPS baharu dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Mundai untuk menempatkan 24 mangsa banjir.

Tiga lagi PPS iaitu Surau Nur Hidayah (124 mangsa), Dewan Dato Sri Ts Mohammad Hamdan (11 mangsa) dan Dewan Serbaguna Kampung Opar (sembilan mangsa). — DayakDaily