Malaysia dan Indonesia bersama bidas pelaksanaan EUDR

Dato Sri Fadillah Yusof

KUCHING, 22 Feb: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mengadakan misi secara bersama ke Kesatuan Eropah (EU) pada Mei ini bagi membidas keputusan pelaksanaan EU Deforestation Regulation (EUDR).

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, pandangan dan kekecewaan kedua-dua negara perlu dizahirkan secara bersemuka kepada pihak EU.

“Penjelasan perlu disampaikan kepada pihak EU akan kesan negatif akibat peraturan tersebut kepada pekebun kecil.


“Justeru, kementerian akan terus mengadakan bantahan bersama pihak-pihak yang berkaitan melalui pelbagai platform yang bersesuai,” katanya di Persidangan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Fadillah yang juga Menteri Perladangan Dan Komoditi, mesej yang lebih keras akan disampaikan kepada pihak EU demi mempertahankan industri komoditi.

Katanya, ia juga bagi mempertahankan negara dan kelangsungan hidup mereka yang terkesan. — DayakDaily