MA63 terus jadi asas perjuangan Sarawak — Tiong

Tiong King Sing
Advertisement

KUCHING, 10 Jun: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus menjadi asas dalam memperjuang dan menjaga hak rakyat Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing.

Menurut beliau, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengutamakan MA63 sebagai asas perpaduan pelbagai bangsa dan agama di negeri ini.

“Oleh itu, saya ingin mengingatkan segelintir golongan di luar sana untuk tidak menggunakan sentimen kaum dan agama untuk menghasut rakyat.

“Tolong fikirkan soal rakyat dan negara sebelum anda melakukan sesuatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah Tiong yang juga MP Bintulu dan Adun Dudong, sensitiviti antara kaum perlu dijaga dalam mewujudkan suasana harmoni.

Justeru katanya, semangat kekeluargaan di Sarawka boleh dijadikan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Contohnya , keharmonian di rumah panjang di mana semua kumpulam etnik boleh tinggal di bawah satu bumbung yang sama tanpa mengira latar belakang.

“Ciri-ciri inilah yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia dan biarlah mereka melihat pelbagai adat serta budaya di negara ini,” ujar Tiong. — DayakDaily

Advertisement