Lukisan “Gawai MCO” dihasil sebagai panduan

Lukisan Gawai MCO dihasilkan Jrdoodles.
IBRACO WEBSITEI

KUCHING, 22 Mei: Risau golongan muda kaum Dayak tidak menghiraukan Covid-19 ketika minuman keras meraikan Gawai tahun ini menyebabkan seorang artis seni di Kuala Lumpur menghasilkan satu lukisan berjudul “Gawai MCO” dan sedang viral di media sosial.

Lukisan dihasilkan Jrdoodles dari Singai, Bau terbabit memberi cadangan bagaimana cara selamat bagi golongan itu bersama minum minuman keras ketika Gawai termasuk tidak lagi berkongsi gelas minuman dan setiap mereka membawa gelas itu sendiri.

Disamping itu terdapat juga lakaran bagaimana cara yang selamat bagi mereka mengisi semula minuman ke dalam gelas mengunakan “Sadong Funnel” sepanjang 1.5 meter.

“Saya risau juga, kadang-kadang golongan muda tidak peduli mengenai Covid-19. Ini terutamanya apabila mereka sudah mabuk dan akan merasa diri mereka kuat,” katanya kepada Dayak Daily hari ini.

Disamping itu, Jrdoodles yang juga bekerja di satu bank di Kuala Lumpur mendedahkan rindunya dengan kampung halaman tetapi tidak dapat pulang ke Sarawak menyambut perayaan Gawai tahun ini telah memberinya ilham membuat lukisan itu. – DayakDaily