Lori treler hanyut dalam banjir, pemandu berjaya diselamatkan Bomba

Kelihatan mangsa yang berjaya diselamatkan Bomba.
Advertisement

SAMALAJU, 3 Okt: Seorang pemandu lori treler berjaya diselamatkan selepas lorinya terperangkap dan dihanyutkan banjir hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.20 pagi dan anggota dari Balai Bomba Samalaju terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati pemandu lori treler tersebut masih terperangkap dalam kenderaan yang dipandunya yang dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir.

Advertisement

“Bomba terus membuat ‘size up’ dan kemudian menjalankan kerja-kerja penyelamatan menggunakan tali sehingga mangsa berjaya diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Bomba kemudian bertolak balik ke balai dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.15 pagi. — DayakDaily

Advertisement