Long Bemang dilanda banjir, 530 penduduk terjejas

Keadaan banjir di Kampung Long Bemang.

MIRI, 25 Ogos: Kampung Long Bemang, Baram dilanda banjir menyebabkan sekurang-kurangnya 100 buah rumah ditengelami air sejak 20 Ogos lalu.

Difahamkan paras air setakat jam 7.48 pagi tadi setinggi tiga kaki dan masih kekal sehingga berita ini ditulis.

Seramai 530 penduduk dilaporkan terjejas, namun keadaan masih terkawal dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka.


Bagaimanapun, bekalan elektrik dikawasan terjejas terpaksa diputuskan untuk keselamatan penduduk. — DayakDaily