Lokasi diantara Jalan Terentang-Simpang Lidong ditutup sementara, lencongan diwujudkan untuk kerja pembentungan

Lokasi lencongan di Jalan Terentang-Simpang Lidong.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 11 Jun: Satu lokasi diantara Jalan Terentang ke Simpang Lidong di Betong ditutup sementara mulai hari ini hingga 30 Julai depan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu notis pemberitahuan memaklumkan ia adalah bagi memberi laluan kepada kerja pembentungan.

Advertisement

Jalan lencongan sementara akan dibuka bagi memudahkan pergerakan kenderaan.

Sementara itu, JKR juga memaklumkan penutupan sementara separuh laluan di Jalan Foochow di Sri Aman.

Jalan Foochow ditutup separuh laluan.

Ia melibatkan tempoh mulai 15 Jun hingga 30 Jun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menebang pokok atau kerja-kerja berkaitan di tapak kerja. — DayakDaily

Advertisement