Lingga dapat peruntukan besar berjumlah RM2 bilion – Adun Lingga

Dayang Noorazah (dua dari kiri) pada mesyuarat di Pejabat SADA di Sri Aman.
Advertisement

KUCHING, 13 Julai: Peruntukan besar berjumlah RM2 bilion telah disalurkan oleh Kerajaan dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bagi projek pembangunan di Daerah Lingga.

Adun Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ia melibatkan sebanyak 46 projek utama.

“SADA menyalurkan sejumlah RM600 juta bagi pelaksanaan 20 projek, Kerajaan Negeri menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 dengan peruntukan RM1 bilion bagi 13 projek.

Advertisement

“Manakala Kerajaan Pusat pula menyalurkan RM400 juta bagi pelaksanaan 13 projek,” kata Dayang Noorazah.

Beliau berkata demikian pada Program Jerayawara SADA 2024 di Dewan Nangkai, Kampung Stumbin di Lingga baru-baru ini.

Sementara itu pada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA yang diadakan pada 11 Jun lepas, 3 projek pembangunan dengan kos RM76 juta diluluskan.

Dayang Noorazah berkata, ia melibatkan pembinaan Kompleks Sukan Lingga dengan kos RM20 juta.

Projek Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) RM40 juta dan pembinaan Dewan Simposium Batang Lupar dengan kos RM16 juta.

“Dewan Simposium Batang Lupar akan menjadi salah satu tarikan pengunjung datang ke Bahagian Sri Aman.

“Ini khususnya apabila Jambatan Batang Lupar telah siap kelak,” kata Dayang Noorazah. — DayakDaily

Advertisement