Lima warga tempatan termasuk pelajar ditangkap bersama 42.2kg dadah dengan nilai RM1.4 juta

Mohd Azman (empat kanan) merasmikan menunjukkan dadah jenis sabu (dalam bungkusan teh Cina) yang dirampas.

KUCHING, 16 Okt: Tiga lelaki dan dua wanita ditangkap bersama 42.2 kilogram dadah disyaki Sabu bernilai RM1.4 juta di sebuah hotel di Kuching pada 12 Oktober lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kelima-lima aspek adalah warga tempatan termasuk seorang pelajar yang berumur dalam lingkungan 17 hingga 22 tahun.

Katanya, dadah yang dirampas adalah untuk pasaran sekitar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.


“Bekalan dadah ini dan boleh digunakan oleh 212,495 penagih.

“Modus operandi, saspek mendapat bekalan dadah dari rakan sejenayah dari Semenanjung yang dibawa masuk menggunakan kapal terbang,” katanya di sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

Menurut Mohd Azman, ia merupakan kejayaan terbesar sepanjang operasi Tapis Khas.

Pihak Polis katanya turut menyita sebuah kereta yang dianggarkan bernilai RM50, 000 yang digunakan oleh saspek.

Semua saspek kini ditahan reman selama 7 hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai 13 hingga 20 Oktober 2023.

“Salah seorang aspek yang ditangkap mempunyai 2 rekod dadah dan 1 rekod jenayah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan. — DayakDaily