Lelaki warga Indonesia maut dirempuh pikap di Kuching

PDRM logo

KUCHING,15 April: Seorang lelaki warga Indonesia maut akibat dirempuh sebuah pikap ketika dipercayai melintas jalan di Jalan Rock, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7.28 pagi tadi.

“Kemalangan melibatkan seorang pejalan kaki warganegara Indonesia yang dilanggar sebuah pikap,” katanya dalam satu kenyataan


Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dikatakan cuba melintas jalan dan dirempuh pikap tersebut.

Jalan tersebut dikatakan mempunyai jejambat. — DayakDaily