MARUDI, 9 Ogos: Seorang lelaki warganegara India yang dilaporkan terjatuh ketika membuang air dari atas kapal di sebuah jeti komersial, pekan Marudi semalam ditemui mati hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa, 29, ditemui terapung kira-kira 100 meter dari lokasi dia dikatakan terjatuh.
Katanya, mangsa ditemui anggota Bomba dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada jam 9.30 pagi.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Turut sama dalam operasi SAR tersebut ialah anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). — DayakDaily