Lelaki warga emas maut, cucu parah dalam kemalangan di Serian

Keadaan motosikal mangsa yang mengalami kerosakkan selepas kemalangan tersebut.
Advertisement

SERIAN, 22 Feb: Seorang lelaki warga emas maut manakala cucu lelakinya berusia 6 tahun parah dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Kuching-Serian berhampiran simpang masuk Jalan Sungai Barie semalam (22 Feb).

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, berkata kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 4.50 petang ketika mangsa berusia 67 tahun menunggang motosikal bersama cucunya

“Kemalangan ini dipercayai berlaku apabila mangsa keluar secara tiba-tiba dari simpang jalan Sungai Barie terus ke laluan kanan.

Advertisement

“Akibat jarak yang terlalu dekat menyebabkan sebuah kenderaan pikap dari arah Samarahan menuju ke Serian telah cuba mengelak namun tetap melanggar bahagian belakang motorsikal tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Disebabkan perlanggaran tersebut, katanya kedua-dua mangsa tercampak dan jatuh dari motorsikal.

“Pamaredik dari Hospital Serian mengesahkan warga emas terbabit telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Aswandy berkata, semasa kejadian keadaan adalah cerah dan jalan raya lurus.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

“Kes ini di siasat dibawah seksyen 41(1) APJ 1987 dan kes dalam siasatan,” ujarnya. — DayakDaily

Advertisement