Lelaki warga emas hilang ditemui lemas

Lokasi mangsa ditemui lemas.

Oleh Dean Adam

KAPIT, Jan 27: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ditemui mati lemas di Sungai Nanga Sepulau Gaat, Baleh dekat sini semalam.

Mangsa, Intang Jembu, 55, ditemui oleh penduduk kampung sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.


Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, mangsa ditemui kira-kira pukul 8 pagi.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira 3 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum itu.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah panjang untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada pukul 4.27 petang,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, DayakDaily melaporkan mangsa dipercayai hilang selepas dikatakan terjatuh dalam sungai berkenaan. — DayakDaily