Lelaki warga emas hilang ditemui lemas

Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa.
Advertisement

Oleh Dean Adam

KAPIT, Apr 7: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semalam ditemui lemas di Nanga Benin dekat sini hari ini.

Mangsa, Bansa Judan, 65, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 10.20 pagi.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, komander operasi melaporkan mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh sebelum itu.

Jelasnya, pasukan bomba kemudian bertindak mengangkat mayat mangsa dan membawanya ke jeti wharf Kapit.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.41 pagi,” katanya di sini hari ini.

DayakDaily semalam melaporkan mangsa dikhuatiri hilang dan lemas selepas dipercayai terjatuh di sungai berkenaan.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.30 pagi. — DayakDaily

Advertisement