Lelaki warga emas dikhuatiri hilang di Sungai Sebatu, Tinjar

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo

Oleh Dean Adam

MARUDI, Jun 17: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas dikatakan tidak kelihatan di biliknya di Rumah Panjang Jemat, Sungai Sebatu, Tinjar dekat sini malam ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada pukul 7.26 malam.

Jelasnya, berdasarkan laporan diterima, mangsa, Malling Salleh, 79, didapati gagal dikesan di kawasan rumah panjang tersebut sejak semalam.

“Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Marudi, Maureen Sim Ah Lian telah melakukan perbincangan dengan pihak polis berhubung kes berkenaan.

“Hasil perbincangan telah bersetuju melakukan operasi pencarian mangsa bermula esok,” katanya malam ini.

Law menambah, maklumat tambahan akan dikemaskini dari masa ke semasa. — DayakDaily