This Content Is Only For Subscribers
Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
BINTULU, 8 Sept: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar dadah ditangkap di kawasan perumahan Nyigu, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Bartholomew Umpit berkata tangkapan dibuat oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bintulu.
Katanya, suspek berusia 51 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan yang membawa kepada penemuan dadah jenis syabu dianggarkan seberat 5.2 gram.
Dipercayai dadah tersebut adalah untuk diedarkan di sekitar Bintulu yang boleh digunakan oleh 10 hingga 15 orang penagih.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. — DayakDaily
Advertisement