Lelaki tercampak keluar pikap di Jalan Serian-Kuching, disahkan meninggal dunia

Pikap yang dipandu mangsa semasa kejadian berlaku.

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

SERIAN, 3 Jun: Seorang lelaki meninggal dunia dalam kemalangan kendiri di Kilometer 12 Jalan Serian-Kuching hari ini.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata kemalangan membabitkan sebuah pikap Isuzu dilaporkan berlaku pada jam 8.30 malam.

Katanya, pikap tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Pemandu pikap dikatakan tercampak keluar dari dalam kenderaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa semasa kejadian dalam perjalanan dari Serian menuju ke Kuching.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily