Lelaki tempatan ditangkap miliki 5.06 gram dadah

Dadah yang dirampas dari suspek di Kampung Goebilt.

KUCHING, 25 Feb: Seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun ditangkap kerana memiliki 5.06 gram dadah disyaki syabu dan 2 pil Erimin 5.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, tangkapan yang dibuat di Kampung Goebilt dianggarkan bernilai RM1,028.

“Suspek tidak mempunyai rekod lampau dadah. Suspek juga didapati positif dadah jenis amphetemine dan methampetemine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Ahsmon, suspek direman selama tiga hari sehingga 28 Februari 2024.

Bagi tempoh bulan Januari hingga 24 Februari katanya, seramai 464 orang tlah ditangkap dengan pelbagai kesalahan dadah.

Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan RM90,641 dengan 187 kertas siasatan telah berjaya dituduh. — DayakDaily