BAU, 18 Ogos: Seorang lelaki ditangkap polis kerana disyaki merogol anak saudaranya dalam satu insiden di Kampung Keranji, di sini pada bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek 44 tahun ditangkap di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen sekitar jam 6.30 petang semalam.
Jelasnya suspek ditangkap selepas hampir sebulan melarikan diri.
Difahamkan, suspek bertindak agresif semasa tangkapan dibuat menyebabkan anggota operasi terpaksa menggunakan kekerasan yang minima.
Suspek dilaporkan melakukan perbuatan jenayah tersebut ke atas anak saudaranya yang baharu berusia 12 tahun pada 19 Julai lepas.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan. — DayakDaily