Lelaki rentung dalam kebakaran rumah di Kota Sentosa

Anggota mengangkat mayat mangsa dari tempat kejadian untuk dihantar ke rumah mayat HUS.

KUCHING: Seorang lelaki rentung selepas dipercayai gagal menyelamatkan dirinya dalam kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Batu Perak, Kota Sentosa malam tadi.

Difahamkan, mayat mangsa yang belum diketahui identitinya itu ditemui dalam keadaan tertiarap di bahagian dapur rumah berkenaan dalam kebakaran tersebut yang berlaku sekitar jam 10.30 malam.

Keadaan mayat mangsa yang ditemui rentung dalam kebakaran tersebut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis yang kemudian menghantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan seterusnya.


Operasi memadam kebakaran tersebut disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang serta Tabuan Jaya.