Lelaki OKU hilang ketika memancing, ditemui mati

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo
Advertisement

TANJUNG MANIS, 2 Ogos: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati, selepas dilaporkan hilang sejak semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa, Kasim Ahmad,31 tahun dilaporkan pergi memancing di kawasan parit kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Jerijeh, di sini.

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah sejak itu menyebabkan keluarga terus membuat laporan kehilangan mangsa.

Advertisement

ā€œPada jam 7.30 pagi tadi, orang awam memaklumkan ada melihat satu badan terapung di dalam parit di lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh,ā€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Identiti mayat tersebut telah disahkan adalah mangsa yang dilaporkan hilang.

ā€œPenduduk kampung bersama pihak polis kemudian mengangkat mayat mangsa dan membawanya ke masjid berhampiran untuk tindakan selanjutnya,ā€ katanya.

Setelah mengesahkan penemuan dan mengenal pasti identiti mangsa, anggota bomba kemudian bertolak balik ke balai. ā€” DayakDaily

Advertisement