This Content Is Only For Subscribers
SIBU, 29 Ogos: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dilaporkan hilang dipercayai terjatuh di Esplanade Sibu, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan pada jam 5.17 petang.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Operasi pencarian dilakukan di permukaan air serta menggunakan ‘grapping iron’ di sekitar radius kawasan kejadian.
“Bagaimanapun operasi terpaksa ditangguh pada jam 7 malam kerana mangsa masih belum dijumpai dan akan disambung semula esok (30 Ogos),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Moses Yong Jia Wan berusia 22 tahun dan beralamatkan dari Methodist Children, Jalan Ling Wen Shun, Sibu.
Saksi kejadian yang juga adik mangsa turut berada di lokasi kejadian semasa insiden tersebut berlaku. — DayakDaily