Lelaki maut dalam nahas di Jalan Engkelili-Betong

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

BETONG, 2 Mac: Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Engkelili-Betong hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan tersebut pada jam 5.33 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Komander operasi lapor kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta yang telah melanggar penghadang jalan dan terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas diperiksa pasukan perubatan dari Hospital Betong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Mangsa berusia 55 tahun.

Pasukan Bomba kemudian bertolak balik ke balai selepas memastikan keadaan selamat dan terkawal. — DayakDaily