Lelaki mati dengan kesan tembakan di dada di Serian

DSP Aswandy Anis

SERIAN: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan senapang patah di sebuah rumah di Taman Pasir, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata mangsa ditemui oleh ahli keluarganya yang kemudian terus melaporkan kepada pihak polis iaitu sekitar jam 5.55 petang.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di katil dengan kecederaan di bahagian dada akibat tembakan senapang patah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau menberitahu, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada kesan pergelutan dan dipercayai mangsa menembak dirinya sendiri.

“Terdapat juga nota yang ditulis oleh mangsa ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Bagaimanapun isi kandungan nota tersebut tidak dapat didedahkan sementara siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -DayakDaily