Lelaki kantoi sembunyikan dadah dalam seluar

Dadah yang dirampas daripada suspek

LAWAS, Julai 6: Seorang lelaki ‘kantoi’ selepas tindakannya menyembunyikan dadah dalam lipatan seluar berjaya dikesan anggota polis sebelum dia ditahan di Kampung Luagan, Sundar di sini.

Ketua Polis Daerah, Dsp Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, suspek berumur 28 tahun ditahan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas.

Menurutnya, lelaki berkenaan dicekup sekitar pukul 1.30 petang.

“Hasil pemeriksaan menemui sejumlah dadah disyaki jenis methamphetamine di dalam lipatan seluar yang dipakainya.

“Nilai rampasan dadah itu dianggarkan sebanyak RM500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Abang Zainal memberitahu, turut diberkas ialah lima lelaki berusia 25 antara hingga 41 tahun.

Katanya, kelima-lima suspek itu ditahan kerana disyaki penagih dadah.

“Kesemua mereka akan ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut,” ujarnya lagi. — DayakDaily