Lelaki hilang semasa pandu uji Jet Ski di perairan Pulau Talang-Talang

Anggota operasi memulakan operasi SAR.
Advertisement

SEMATAN, 17 Sept: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Talang-Talang dilancarkan hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Lundu, Leftenan Rabuan Zulkeflee berkata mangsa Lee Chong Loong, 46, dilaporkan hilang semasa dia dan rakannya memandu uji jet ski miliknya.

Katanya, ketika kejadian mereka yang dilaporkan menaiki dua buah jet ski sedang dalam perjalanan ke Telok Melano dan Talang-Talang Besar.

Advertisement

“Rakan mangsa menyatakan mereka menaiki dua jet ski untuk tujuan pandu uji jet ski milik mangsa di Pulau Satang sambil memancing dan memandangkan cuaca baik, mereka berdua terus ke Telok Melano dan Pulau Talang-Talang Besar.

“Lebih kurang 10 minit kemudian, rakannya menyedari mangsa tiada lagi kelihatan dan dia berpatah balik ke Pulau Talang-Talang Besar untuk mencari mangsa namun tiada lagi kelihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rakan mangsa kemudian terus membuat laporan polis berhubung kejadian.

Operasi SAR hari ini bermula di kawasan persisir Pulau Talang-Talang meliputi keluasan lebih kurang 100 batu nautika melibatkan pesisir pantai dari Telok Melano sehingga Santubong dan sehingga peraitan sempadan Indonesia.

Turut sama dalam operasi ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Sarawak Coast Guard, IPD Lundu dan Unit Udara Polis. — DayakDaily

Advertisement