Oleh Dean Adam
BINTANGOR, Mac 12: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Ladang Zumida di sini, Ahad lepas.
Mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar membuang air besar di tepi sungai berkenaan, terus hilang dipercayai jatuh.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.34 petang.
Katanya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Pencarian awal telah dilakukan oleh rakan-rakan mangsa, namun mangsa masih gagal ditemui.
“Rakan mangsa sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bintangor untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap sama menambah, setakat ini mangsa masih belum ditemui.
“Maklumat lanjut berhubung kes ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. — DayakDaily