Lelaki hilang sejak Rabu di Pakan, ditemui selamat

Mangsa dihantar ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan.
Advertisement

PAKAN, 16 Julai: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 13 Julai lalu dari Rumah Abit Amut, Ulu Pakan ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mangsa pada jam 9.30 pagi.

Katanya, mangsa yang kali terakhir dilihat pada jam 9 pagi hari kejadian dikatakan berjaya pulang ke rumahnya dalam keadaan selamat.

Advertisement

“Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian terus ke lokasi penemuan dan mengesahkan bawah mangsa yang ditemui adalah benar.

“Mangsa dalam keadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Budom Inchikong kemudian dihantar oleh keluarganya ke Klinik Ng Wak untuk pemeriksaan kesihatan.

“Dengan penemuan mangsa, maka operasi SAR ditamatlan pada jam 10.40 pagi,” katanya. — DayakDaily

Advertisement