Lelaki ditahan di Kg Tudan selepas disyaki merogol kekasih berusia 15 tahun

Arrest - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 29 Jun: Seorang penganggur ditahan polis tengah malam tadi selepas disyaki merogol kekasihnya berusia 15 tahun hingga hamil pada Mac.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan jam 12.02 pagi Isnin (Jun 29) di sebuah rumah di Kampung Tudan selepas mangsa yang mengandung empat bulan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


Ketua polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata mangsa yang masih bersekolah menyedari dirinya mengandung selepas didapati positif dalam ujian kehamilan yang dilakukannya pada Mac.

Berdasarkan percakapan, mangsa membuat ujian itu di rumahnya kerana sudah lama tidak datang bulan sebelum didapati positif mengandung.

Menurut Lim, mangsa sudah menjalinkan hubungan intim dengan suspek sejak bulan Februari tahun ini.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa mula menyedari dirinya hamil selepas tidak datang bulan pada Mac.

Bimbang, mangsa telah membeli alat uji kehamilan dan memperoleh keputusan positif selepas menjalani ujian.

Namun, mangsa telah ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan kepastian yang betul, dan ternyata keputusan adalah positif.

Suspek ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol. — DayakDaily