Brad Rantayy
MIRI, 14 Jan: Penduduk Kampung Piasau Utara gempar hari ini, selepas seorang lelaki berusia 30 tahun disyaki khayal dadah tiba-tiba mengamuk di perkarangan rumahnya di sini.
Tindakan pantas penduduk berdekatan menelefon pihak polis berhasil menghalang lelaki tersebut daripada melakukan kecederaan ke atas dirinya sendiri.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) telah bergegas ke lokasi sejurus dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 2 petang.
“Suspek telah dibawa ke balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut sebelum dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri (BSJN),” ujarnya. — DayakDaily