Lelaki di Sibu maut, terkena renjatan elektrik

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement
SIBU,31 Ogos: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat renjatan elektrik pada kabel elektrik utama di Jalan Kampung Hilir, di sini semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata mangsa, Syazwan Saifullah Roslan, 22 tahun semasa kejadian berada di atas bumbung sebuah rumah.
Katanya, laporan kejadian diterima pada jam 10.27 malam dan anggota dari Balai Bomba Sibu bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi kejadian, Bomba segera menghubungi Sarawak Energy Berhad bagi memutuskan bekalan elektrik.
“Setelah bekalan elektrik diputuskan, pihak Bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan menurunkan mangsa dari atas bumbung tersebut.
“Mangsa kemudian diperiksa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily
Advertisement