Oleh Dean Adam
KUCHING, Jun 25: Seorang lelaki Cina ditemui mati di dalam tandas di sebuah apartment di Jalan Song di sini hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Sim, 30-an, ditemui mati oleh pekerja apartment berkenaan kira-kira pukul 3 petang.
Sumber berkata, sebelum ditemui mati, mangsa dikatakan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya.
Katanya, ahli keluarga mangsa dikatakan turut cuba mencari lelaki berkenaan sebelum dia dijumpai mati.
“Semasa ditemui, mangsa dikatakan dalam keadaan terbaring di tandas tersebut.
“Satu nota bertulis yang dipercayai ditulis oleh mangsa sendiri juga ditemui berdekatan mayat itu. Anggota polis turut menemui arang di situ,” katanya di sini hari ini.
Sumber menambah, pihak polis yang dimaklumkan dengan penemuan mayat mangsa kemudian segera ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
“Setakat ini, kes ini masih lagi dalam proses siasatan,” katanya. — DayakDaily